Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 420 - Tindak Balas Pemerintah

Chapter 420 - Tindak Balas Pemerintah

Pada malam itu, Roland mengadakan jamuan besar-besaran di Istana Besar Pemerintah.

Oleh sebab mereka bukan sahaja dapat menyelamatkan Spear Passi bahkan menangkap seorang Paderi dari Hermes, ini merupakan serangan pertama Kesatuan Ahli Sihir pada pihak gereja.

Semasa lima orang ahli sihir yang terlibat dalam pertempuran berjalan menuju ke pentas utama, semua hadirin di dalam dewan memberikan tepukan yang paling gemuruh. Bahkan Roland, yang jarang minum, menghabiskan dua gelas arak putih Evelyn.

Walaupun ini hanya kemenangan yang kecil, Bulan Kunjungan Iblis terlalu panjang dan memenatkan dan dia mahu mengambil kesempatan ini untuk menenangkan semua orang.

Apabila Roland terhoyong-hayang masuk ke bilik bacaannya pada keesokan pagi dengan kepala yang agak berat, Nightingale sudah menantikannya sambil duduk bersilang kaki di mejanya.

"Tidakkah awak perlukan rehat yang lebih?" Tanya Roland sambil tersenyum.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS

Related Books

Popular novel hashtag