Agatha, Sylvie, Chavez dan Kyle Sichi akan menjalankan uji kaji tersebut. Carter, Kapak Besi, Barov dan ahli sihir dari Kesatuan Ahli Sihir diarahkan untuk datang ke makmal atas arahan Roland seolah-olah uji kaji ini sangat berguna dan penting dalam pendidikan. Makmal kelima, yang merupakan makmal terbesar, dipilih untuk acara kali ini kerana mempunyai ruang yang luas bagi memuatkan puluhan orang.
Roland telah membina salur berbentuk menara yang mempunyai ketinggian hampir tinggi dengan tinggi manusia dan mempunyai ukur lilit satu meter berbanding dengan salur gergasi yang berperingkat setelah mengambil kira yang ini merupakan uji kaji pertama. Bahagian dalam salur terbahagi kepada tiga. Udara akan masuk ke dalam salur melalui bahagian paling bawah dan keluar melalui dua bahagian atas.