Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 369 - Perubahan

Chapter 369 - Perubahan

Wap air berkepul-kepul keluar dari tab mandi dalam bilik air.

Wendy menggosok sabun sehingga berbuih dan melumurkannya ke seluruh badan anak gadis itu; di belakang telinga, bawah lengan, malah di celah-celah jarinya, semuanya disental kuat oleh Wendy. Apabila melihat air bersabun bercampur kotoran mengalir turun dari tubuh Paper sehingga menunjukkan lapisan kulit bersih di bawahnya, Wendy rasa sangat berpuas hati.

Sudah lama Wendy tidak merasa perasaan ini. Semasa dia masih berada dalam Persekutuan Ahli Sihir dahulu, mereka hidup dalam ketakutan setiap hari dan Wendy akan menenangkan mereka setiap kali mereka terselamat daripada bahaya atau mengalami sebarang kejadian malang. Malah setiap ahli sihir yang baru dibangkitkan dan telah putus harapan akan ditenteramkan oleh Wendy. Leaf, Lily, malah Nightingale sendiri pernah merasa tiupan semangat yang kuat oleh Wendy.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS