Vader menanggalkan jubah kerjanya yang compang-camping lalu menyarungkan baju seragam baru yang terlipat kemas di atas sebuah katil kecil. Dia terus merasakan keselesaan baju itu yang memanaskan tubuhnya.
Baju seragam itu diperbuat daripada kulit haiwan dan dilapisi kapas di dalamnya, jadi ia bukan sahaja selesai dipakai, tetapi ia memanaskan tubuh si pemakainya juga. Sehelai baju ini sahaja tentu sudah bernilai beberapa keping perak.
Ia mirip baju seragam pegawai Dewan Perbandaran, tetapi yang membezakannya adalah warnanya – kemeja serta seluarnya berwarna hitam pekat dengan satu jalur putih di baju, kolar, serta pergelangan tangan. Ia kelihatan begitu segak. Setelah kesemua 15 orang itu siap memakai baju seragam baru masing-masing, mereka berdiri di dalam barisan dengan mendabik dada.
"Boleh tahan," kata Carter sambil memberi senyuman puas. "Sekarang ikut saya."