Sebelum hari ahli-ahli sihir dijadualkan bertolak untuk menerokai tinggalan purba itu, Tilly mengambil kesempatan untuk menerokai jalan-jalan Pekan Sempadan terlebih dahulu. Dia menelusuri setiap ceruk dan selok-belok pekan yang terpencil dan dahulunya mundur itu, yang kini telah mengalami perubahan drastik bawah pentadbiran Putera Roland.
'Pekan ini memang lain daripada yang lain,' fikir Tilly dalam hati. Lebih banyak yang dia lihat, dia semakin yakin dengan pemerhatian ini. Ia berbeza sama sekali dengan mana-mana tempat yang dia pernah pergi sebelum ini. Tetapi perkara yang paling mengagumkan Tilly setakat ini adalah kemeriahan dan kemakmurannya. Pekan Sempadan seolah-olah "hidup".
Malah Pulau Beradu yang baru dimajukan itu pun jauh panggang dari api dengan Pekan Sempadan.