Sambil berdiri di puncak sebuah bukit, Mayne merenung ke arah Bandar Diraja Wolfheart.
Dalam masa tiga bulan sahaja, semuanya telah berubah sepenuhnya. Kali terakhir dia datang sini dahulu, tembok kotanya dibina rapi dengan batu-batu salji berwarna putih melepak yang dibawa dari Kerajaan Everwinter. Susunannya yang rapi kelihatan seperti barisan gigi tajam seekor anak serigala yang baru dilahirkan, tetapi kini tembok kota itu sudah pecah-belah, rosak, dan berlumuran darah sehingga kelihatan kusam. Bahagian-bahagian yang runtuh dibaiki secara caca-marba dengan menyumbat batu-batu hitam atau serpihan kayu reput.
Sekarang apabila Mayne melihatnya dari jauh, ia nampak seperti gigi taring seekor serigala tua yang sudah haus selepas bertahun-tahun mengunyah tulang musuh.