Latihan menembak dengan senjata api diadakan di kawasan laman tertutup istana.
Selain Sylvie, ahli-ahli sihir lain ialah anggota yang terpilih untuk pasukan peninjau. Setiap seorang daripada mereka mendapat sepucuk senapang.
Selepas dua hari cuba membiasakan diri dan berlatih cara pegangan senapang yang betul, latihan mereka menjadi semakin serius dan kini mereka memasuki fasa latihan dengan peluru hidup. Mereka akan menembak sasaran sejauh 10 meter dan menembak bertalu-talu dari jarak lima meter agar mereka tahu bertindak semasa musuh menghampiri mereka atau semasa mereka diserang hendap.
Latihan menembak dengan peluru hidup ini menunjukkan tahap keberanian sebenar ahli-ahli sihir itu kerana sebelum ini mereka dilihat cepat membiasakan diri dengan memegang senjata api.
Apabila tembakan pertama berdentum, kebanyakan daripada mereka terjerit, mencampakkan senjata mereka dan menutup telinga mereka. Nightingale hanya menaikkan kening apabila melihat mereka.