Persekitaran Pulau Beradu semakin hari semakin bertambah baik. Semasa di udara, Tilly dapat melihat orang ramai yang sibuk serta pasar yang meriah.
Pulau Beradu bukan lagi tempat dengan 300 ahli sihir yang hidup serba tidak sempurna kerana dipinggirkan masyarakat tempat asal mereka. Melalui rundingan dan perjanjian perniagaan, Teluk Bulan Sabit, Pulau Naga Kembar, Pelabuhan Senja dan Pekan Air Cetek sudah mengadakan hubungan perdagangan dengan Pulau Beradu. Tambahan lagi, Tilly juga mengalu-alukan segelintir manusia biasa dari perkampungan berdekatan yang sudah terlebih padat untuk datang menetap di Pulau Beradu.