"Tuanku, boleh patik tahu kenapa abang patik masih belum menghantar sebarang berita sehingga sekarang?"
Apabila mendengar pertanyaan Ed, Timothy kelu mahu menjawab. "Benar, beta juga rasa agak pelik dengan itu. Beta sudah hantar Lehmann Hawes untuk menyerang Rantau Barat dua bulan lepas. Jika kita ambil kira masa yang dihabiskan dalam perjalanan pergi dan balik, sepatutnya sekarang dia sudah memberi khabar berita atau pulang terus ke Bandar Diraja."