Roland mula membuat lakaran kasar bagi jentera baru itu sebaik sahaja dia kembali ke kamar bacaannya.
Walaupun Angkatan Tentera Pertama dan kebanyakan ahli sihir tidak ada di pekan kerana tugasan mereka, dia tidak berpeluk tubuh. Malah kesibukan dia semakin bertambah walaupun tidak ada Nightingale sehingga dia tiada masa langsung untuk dihabiskan bersama Anna. Dia perlu mengurus pelarian yang sentiasa tiba di pelabuhan, memantau Anna dan Lucia bagi menentukan komposisi bahan lebur dan dia juga mesti membina relau peleburan yang baru.