Ashes mula menjelaskan kepada Wendy, "Perajurit Agama Tentera Tuhan ialah perwira terkuat Gereja Inggeris dan mereka senjata rahsia untuk melawan Ahli Sihir Luar Biasa. Mereka boleh menandingi saya daripada segi kekuatan dan kepantasan. Tambahan lagi…" Dia terdiam seketika lalu menyambung, "Mereka berjalan seperti orang tidak sedarkan diri. Saya pernah berlawan dengan mereka dan pernah sekali saya potong tangan kanan seorang Perajurit Agama Tentera Tuhan tetapi dia serta-merta mengangkat tangan kirinya untuk mengorek keluar mata saya. Saya berpusing untuk melepaskan diri tetapi dia tidak hilang imbangan walau sedikit pun. Ini tiada kaitan dengan kecekapan dia berlawan. Seorang perwira handal boleh terus berlawan walaupun kehilangan sebelah tangan tetapi mustahil dia boleh mendapatkan kembali keseimbangannya sepantas itu."