Chereads / Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 150 - Sebuah Menara Batu

Chapter 150 - Sebuah Menara Batu

Lightning terbang melayang atas Hutan Kabut

Dunia seakan-akan mengecil melalui pandangan matanya. Semua perinciannya menjadi kabur dan hanya dilihat seperti bongkah-bongkah warna. Bongkah perang ialah tanah, bongkah kelabu ialah gunung-ganang, dan bongkah biru ialah sungai.

Tetapi warna hijau menguasai penglihatannya.

Tidak seperti padang rumput hijau Pekan Sempadan yang cerah dan segar, warna kehijauan di sini agak kelam dan gelap, diselang seli warna kelabu dan hitam. Landskap hijau gelap ini terbentang seperti hamparan dari barat hingga ke utara. Jika Lightning melihatnya terlalu lama, dia akan terasa seolah-olah mahu terjatuh ke bumi. Jadi kadang-kadang dia akan mengalihkan pandangannya ke langit biru terang untuk melegakan bebola matanya yang lenguh.

Di belakang Lightning, awan mendung tebal berada begitu rendah sehingga menyapu puncak-puncak Banjaran Puncak Langit dan menyelimuti Pekan Sempadan dengan kabus nipis serta hujan renyai-renyai.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS