Ouyang Cheng dan lain berasa seakan dunia mereka sudah huru-hara
Tanpa mengetahui di mana bilik koleksi buku tahap asas berada pun, namun dia sudah cukup berani untuk meneruskan dengan Perdebatan Pil yang susah. Mereka mula mengesyaki kepala orang ini penah terhempas pada pintu.
Namun, memandang dia sudah bertekad untuk melakukannya, tidak ada sebab untuk mereka cuba meyakininya untuk tidak.
Selepas menunjukkan kepadanya lokasi bilik koleksi buku kepada Zhang Xuan dan melihatnya bergegas, Du Man melihat Ouyang Cheng dan bertanya, "Dia ini… terlalu terburu-buru kan?"
"Dia memang terlalu terburu-buru, Namun, nampak tak betapa yakinnya tadi?" Ouyang Cheng berkata dengan penuh tidak percaya dan pada masa sama, penuh keterujaan. "Rasanya dari mana dia mendapat keyakinannya!"