"Lelaki Tua Pelik? Dia di mana? Bawa saya jumpa dia!" Mata Zhang Xuan berkelip.
Memandangkan ada orang mempunyai Bunga Makam tersebut, dia hanya perlu membeli daripadanya! Tak perlu untuknya membuang masa berfikir banyak-banyak!
"Ini…" Apabila mendengar kata-kata tersebut, Hu Yunsheng hanya mampu tersenyum kelat sahaja. "Ia taklah begitu senang! Herba perubatan dia itu bukanlah untuk dijual. Ia mustahil untuk membeli apa-apa daripadanya tak kira betapa banyak duit yang kamu ada. Bukan itu sahaja, Lelaki Tua Pelik itu mempunyai angin yang teruk. Ada sekali, Datuk Bandar Jingyuan dengan mustahak memerlukan herba perubatan yang jarang ditemui, oleh itu, dia telah sediakan tiga kali ganda harga perubatan tersebut berbanding harga pasaran. Namun… dia telah dicampak keluar sebelum mampu bercakap apa-apapun…"
"Datuk bandar pun telah ditendang keluar? Lelaki Tua Pelik ini begitu berkuasa ke?" Zhang Xuan berkerut.