Dia telah memerhatikan gerak-geri orang itu apabila arak beracun tersebut disumbat masuk ke dalam mulutnya. Dari mula lagi, orang itu tidak pernah menyentuh arak itu pun, hanya menyentuh cawan dan botol sahaja. Setelah melihat bagaimana dia masih dapat memasukkan racun ke dalam arak tersebut, tidak ada sebarang kemusykilan yang orang ini merupakan seorang pakar racun!
Lebih penting sekali, racun itu begitu kuat sehingga pakar di alam Santo 1 dan seperti dia pun tidak dapat berbuat apa-apa padanya. Tanpa sebarang keraguan, orang ini mesti paling kurang seorang pakar racun 6 bintang.
Untuk seorang pakar racun sehebat kamu tidak tahu lokasi Dewan Racun… kamu sengaja ingin memberi saya pengajaran ke?
Sudah cukup kelakar dia sendiri berfikir dapat meracuni orang tersebut… akhirnya, dia sendiri yang terkena racun pula…