Sebagai seorang guru sarjana 7-bintang peringkat tinggi, Wu shi berasa kagum untuk melihat bakat muda di dalam Pavilion Guru Sarjana.
Namun, kemarahannya terhadap pengkhianatan You Xu telah memberikannya satu tanggapan buruk terhadap pengetua baharu Akademi Guru Sarjana itu, secara tidak langsung menjadi sebab di sebalik persendaannya kepada Zhang Xuan dari mula. Malah, Zhang Xuan juga agak terlalu muda untuk menjadi pengetua Akademi Guru Sarjana. Mencapai kejayaan pada usia yang muda seringkali menyebabkan kelekaan dan itu merupakan salah satu sifat yang amat berbahaya kepada seorang guru sarjana. Wu shi merasakan yang sedikit penyiksaan bakal mengurangkan keangkuhan dan keradangan pemuda itu, jadi apa salahnya?
Dia menyangka yang mudah sahaja baginya untuk mengajar pemuda itu yang dunia ini lebih besar dari yang disangka dan masih terdapat manusia yang lebih hebat daripadanya. Namun, akhirnya Wu shi telah mempelajari terdapat manusia yang lebih hebat daripadanya.