"Biar kamu mencuba?"
Bukan sahaja Ouyang Cheng berasa seakan dunia sudah compang-camping, Du Man dan mereka yang lain juga berasa seakan ingin pitam.
[Abang, kamu ingat pakar perubatan ini ibarat kobis dan timun yang dijual di pasar ke? Begitu senang untuk didapati?
Biar kamu mencuba? Kamu ini main-main ke.
Selaku satu daripada pekerjaan terhebat dalam sembilan jalan teratas, siapa yang tidak belajar untuk beberapa tahun dan berusaha dengan kuat sebelum mencuba menjadi ahli mereka?
Namun, kamu ini cakap kamu ingin mencuba…
Kepala otak kamu!
Kamu tahu isi kandungan peperiksaan tak? Kamu tahu bagaimana seorang boleh menjadi pakar perubatan sebenar tak?]