Zhang Xuan mula mengalirkan zhenqinya ke dalam piring formasi gred-7 yang berada di dalam genggamannya itu.
Tzzzzzzzzzzzzzzzz!
Piring tersebut mula bergetar ganas di bawah infusi zhenqi Zhang Xuan, langsung tidak seperti sebelum ini.
Bum!
Sebuah sinaran cahaya menerangi sekeliling, membentuk sebuah sfera yang mempunyai radius berjarak beberapa ratus meter.
Kabus mula muncul di dalam sfera tersebut semasa ia semakin membesar, sekaligus membentuk sebuah dunia yang sama-sekali berbeza dan aneh. Bukan sahaja orang lain, malah dirinya sendiri pun boleh sesat di sini.
Inilah formasi gred-7 itu… Formasi Khayalan Lu Xu? Mata Zhang Xuan bersinar terang.
Pasti sukar baginya untuk melihat formasi apakah yang telah diukir di atas piring formasi ini tanpa mengaktifkannya. Walaupun Perpustakaan Jalan Syurganya telah menyatakan beberapa kelemahan berkaitan piring formasi ini, namun ia terhad kepada bahan dan pelan rancangan formasi ini sahaja.