Setelah diri Zhang Xuan bertukar ghaib dan tidak dapat dikesan, dia mampu membawa kotak simpanan tersebut keluar dari dewan melalui celahan-celahan yang terdapat pada pintu dewan dengan terbaring di atas lantai secara rahsia.
Sebaik sahaja dia terapung, pemuda itu segera ternampak sungguh ramai Iblis Dunia Luar yang sedang mengawal kawasan sekeliling, bermakna kawalan yang amat ketat telah diletakkan di sini. Tidak kiralah sekiranya dia beredar dari bahagian mana sekalipun, terdapat kemungkinan besar pemuda itu bakal ditangkap.
Zhang Xuan memeriksa sekelilingnya dengan perasaan geram. Nampaknya Iblis-Iblis Dunia Luar ini memang sudah tahu asam garam dalam strategi peperangan.
Mereka yang sudah terbiasa dengan peperangan dan bekerjasama dengan satu sama lain dalam situasi yang berbeza sahaja boleh membentuk sebuah pertahanan yang sebegitu teguh.