Ketika kedua-dua mereka sedang berbual, Iblis Dunia Luar yang lain menundukkan Lu Feng dan yang lain-lain serta memaksa mereka bergerak bersama-sama mereka.
Dari awal lagi, mereka sudah lemah akibat daripada peperangan yang panjang yang mereka hadapi menentang sebegitu banyak Iblis Dunia Luar secara serentak, jadi mereka tidak mampu untuk bertarung dengan kuat. Bahkan, jika bukan kerana hakikat yang mereka diperlukan untuk dijadikan pemberian hormat bagi memintas materi itu, mereka sepatutnya telah lama dibunuh.
Walaupun mereka diserang oleh Iblis Dunia Luar, Zhang Xuan tidak peduli langsung untuk berkata apa-apa atau melirik ke arah mereka pun.
Memandangkan Tong Yue telah menyangka yang dia ialah Raja Daun Emas, pihak yang satu lagi itu tidak akan berani membunuh mana-mana guru sarjana dan selagi mana mereka masih hidup, dia akan mempunyai peluang untuk menyelamatkan mereka.