Dua bulan kemudian, di Dewan Tertua Akademi Guru Sarjana, Mo zhu, Zhao Bingxu dan pengetua sekolah yang lain sedang duduk di sekeliling sebuah meja bulat.
Tidak lama selepas Lu Feng dilucutkan jawatannya sebagai Pengetua Sekolah Pakar Perubatan, Naib Pengetua Lu Qing telah mengambil alih tempatnya. Pada masa yang sama, Chen Chengxun juga telah meletakkan jawatannya sebagai pengetua Sekolah Formasi dan seorang timbalan pengetua yang lain telah mengambil alih.
Dalam erti kata lain, semua ahli Sepuluh Guru Sarjana terulung telah terkumpul di sini.
"Pengetua Sekolah Mo, Ujian Pembinaan Empayar Pengetua Zhang sudah macam mana?" Zhao Bingxu bertanya.
Pengambilan ujian guru sarjana 6 bintang oleh pengetua mereka merupakan upacara yang besar dalam Akademi Guru Sarjana. Oleh itu, Pengetua Sekolah Mo telah dipilih untuk memerhatikan apa yang sedang berlaku supaya jika apa-apa berlaku, mereka semua dapat mengambil tindakan dengan cepat.