Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 912 - Peringkat Teras Sumber

Chapter 912 - Peringkat Teras Sumber

Zhang Xuan dapat mencapai tahap pemahaman yang tinggi mengenai kandungan buku tersebut dalam sekelip mata.

Pengalaman-pengalaman yang telah dilalui Kong shi sebelum mencapai Lingkungan Santo tercatat dengan penuh terperinci di hadapan matanya dan kandungannya agak mirip dengan tulisan-tulisan yang telah ditinggalkan di muka curam di Platform Pertabalan Santo. Perbezaannya kini ialah penerangannya lebih jelas bagaikan boleh meletakkan para pembaca dalam situasi-situasi yang telah tercatat di dalam buku tersebut melalui kata-katanya.

Tak mungkinlah rumit sangat? Wajah Zhang Xuan lantas terpaut dengan kerutan.

Dia menyangka bahawa Penguraian Pertabalan Santo hanyalah sebuah teknik pertapaan ringkas yang boleh dimahirinya dan mampu melancarkan lagi peningkatan tahap pertapaannya dengan menuruti perintah-perintah yang tertera dengan tepat. Namun, segalanya tidaklah semudah itu.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS