Setelah Zhang Xuan kembali ke dalam biliknya, dia baru dapat merasakan kepenatan yang tidak terhingga mula menghinggap setiap sendi tubuhnya.
Sudah dua hari berlalu semenjak dia pulang daripada mencari Buah Kunang-Kunang dan dia masih belum mendapat rehat walaupun untuk sesaat. Malah, setelah menjadi tuan kepada sebegitu banyak binatang roh dan binatang santo dari Rabung Awan Berkabus, dia menjadi sungguh keletihan.
Dia pasti tidak akan dapat bertahan sekiranya jiwanya tidak sebesar itu. Namun walaupun begitu, sebaik sahaja segala tekanan meninggalkan tubuhnya, sakit kepala pula menghinggap.
Sebelum Si Kejam jatuh ke dalam koma, dia tolong aku menempa jiwa Binatang Naga Tanduk Biru untuk membuang kesedaran akalnya. Aku boleh gunakan itu untuk memulihkan jiwa aku. Zhang Xuan melepaskan nafas yang panjang sebelum mengeluarkan jiwa Binatang Naga Tanduk Biru dan jiwanya bersama.
Dia mula membaham jiwa tersebut dengan dorongan Seni Jiwa Jalan Syurga.