Zhang Xuan memang sudah menggali kuburnya sendiri pada kali ini. Penjinakan beberapa binatang santo memang boleh memberikannya kelebihan semasa krisis melanda, tetapi sebegitu banyak binatang santo… Ia sememangnya tidak diperlukan.
Namun, binatang-binatang ini berkeras untuk mengambilnya sebagai guru mereka dan tiada seekor pun yang sanggup menarik diri. Sekiranya dia menolak tawaran mereka, pergolakan mungkin akan berlaku. Bodohlah Zhang Xuan sekiranya dia ingin mengungkai segala usaha yang telah diberikan untuk menenangkan Rabung Awan Berkabus.
Dalam erti kata lain… dia tidak mempunyai sebarang pilihan selain untuk menerima semua binatang roh ini.
Melampau! Memang melampau!
Apalah yang telah berlaku ini?