Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 886 - Aku Juga Kejam

Chapter 886 - Aku Juga Kejam

"Milik kamu?" Zhang Xuan tersentak.

Menurut apa yang telah diberitahu Si Kejam sebelum ini, dia telah pun dibinasakan di dalam pertarungannya bersama Kong shi dahulu melainkan setitik darahnya. Setelah berpuluh-puluh milenia berehat, titisan darah itu akhirnya matang untuk menjadi sebuah jantung.

Dalam erti kata lain, tiada bahagian lain milik Si Kejam yang patut berada di atas muka bumi ini selepas pertarungan itu, jadi mengapa pula jarinya tiba-tiba boleh muncul entah dari mana?

Setelah Si Kejam mendengar nuansa dalam kata-kata Zhang Xuan, dia membalas, "Saya pun tak pasti apa yang sedang berlaku; saya masih kehilangan banyak bahagian memori saya. Tapi, saya pasti yang itu jari saya! Makhluk itu sedang gunakan tubuh saya!"

Sebagai satu mantan kuasa Benua Guru Sarjana yang mampu menghidupkan dirinya semula hanya dengan satu titisan darah, walaupun dia telah kehilangan hampir keseluruhan memorinya, dia masih mengenali bahagian tubuhnya dengan mudah.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS