"Pada mulanya, mereka bergabung tenaga sekalipun tidak dapat menandingi saya… Namun, selepas Zhang Xuan datang… dia mengajar mereka tiga teknik dan tiba-tiba kekuatan setiap satu daripada mereka seakan meningkat dengan mendadak. Orang pertama berlawan dengan saya selepas itu adalah Yuan Tao…"
Zhu Hong menjelaskan semua yang berlaku dengan teliti. Malah tiga teknik Zhang Xuan pun dia menunjukkan kepada mereka.
Mendengar cerita dan melihat tiga aksi tersebut daripada Zhu Hong, Lu Xun dan Tetua Hong Hao hanya mampu menukar pandangan dengan perasaan penuh tidak percaya. Mereka teragak-agak jika telinga sendiri sedang bermain-main dengan mereka sambil muka mereka seakan sedang cirit-birit.
"Maksud kamu… Si Yuan Tao yang mendapat tempat terakhir dalam ujian kemasukan? Dengan hanya tiga pergerakan tadi… kamu menjadi langsung tidak setandingnya?"
[Kamu ini serius lah!