Aura itu adalah seakan-akan tsunami yang menghempasi pantai, membuatkan semua orang hanyut.
Hati semua orang telah menjadi dingin sambil bulu roma mereka naik. Badan Mu shi sendiri telah menjadi tegang.
Di depan aura ini, tiada seorang pun, mahupun seorang sekuat Mu shi, yang berani menunjukkan sedikit penentangan. Jika tidak, sudah pasti mereka akan dibunuh oleh aura yang melampau ini begitu sahaja.
Jiya! Jiya!
Di bawah tekanan aura yang melampau, Dewan Tertua kuno itu telah mencapai batasnya dan retakan mula muncul di sekeliling bilik. Selepas itu, ia telah bergegar untuk seketika sebelum seluruh bilik tersebut runtuh begitu sahaja.
Untuk mampu memusnahkan formasi di situ serta meruntuhkan bilik tersebut dengan auranya sahaja…
Semua pengetua sekolah di situ bertukar pandangan sesama sendiri.