Di ruang tamu, Naib Pengetua Zhou dan Naib Pengetua Wei sedang berbincang sesama sendiri melalui pesanan telepati.
"Kamu rasa dia akan cuba melarikan diri ke?"
Walaupun mereka berdua tidak begitu pasti apa yang sedang berlaku, hakikat yang pengetua sekolah telah menyuruh orang untuk memerhatikan kediaman Zhang Xuan dalam beberapa hari kebelakangan ini bermaksud dia menunggu masa untuk mengambil tindakan terhadapnya sahaja.
"Jika dia enggan datang ataupun cuba melarikan diri, kita perlu buat apa pengetua sekolah suruh dan membunuhnya!" Naib Pengetua Wei berkata dengan muka seram.
"Tetapi jika kita berbuat demikian, tak mungkin Pengetua Sekolah Mo, Pengetua Sekolah Zhao dan yang lain akan melepaskan kita…" Pengetua Sekolah Zhao berkata dengan nada risau.
Apabila mereka mendapat arahan tersebut, mereka hampir terlalu takut untuk melaksanakannya.