Apabila mengetahui apa yang Zhang Xuan sedang fikirkan, Luo Ruoxin sekadar membalas dengan senyuman sahaja, "Sudah pasti tak. Walaupun ia benar yang Kong shi telah mencapai kemajuan ke alam Santo di sini, ia tidak pasti di mana dalam tempat yang luas ini dia telah melakukannya."
"Ini…" Zhang Xuan mengelip matanya sambil berasa bingung.
Landasan rata di puncak gunung tersebut hampir beberapa puluh ribu mu luas. Kong shi sendiri akan mengambil paling banyak pun satu meter persegi dalam pertapaannya. Untuk mencari satu meter persegi tersebut dalam kawasan beberapa puluh ribu mu… ini memang sesuatu yang sukar.
"Tetapi ada sebab ke untuk mencari tempat Kong shi telah mencapai kemajuannya ke alam Santo?" Zhang Xuan bertanya dengan penuh keraguan.