Pengetua lama pernah memberitahunya betapa menggerunkan seorang Guru Sarjana Cakerawala sebenarnya. Diperakui oleh kayangan sendiri, aura seorang Guru Sarjana Cakerawala sendiri sudah cukup membuatkan orang memperakui mereka sebagai guru mereka.
Dalam sejarah, hanya Kong shi sahaja telah mencapai puncak ini. Adakah mungkin lelaki di hadapannya juga sama?
"Betul!"
Zhang Xuan mengangguk kepalanya. "Kamu fikir seorang Iblis Dunia Luar boleh menjadi Guru Sarjana Cakerawala ke?"
Binatang Helios Byzantium dengan segera menggelengkan kepalanya. "Sudah pasti tak…"
Guru Sarjana Cakerawala merupakan seorang guru sarjana yang telah diperakui oleh kayangan sendiri, kewujudan yang berada sama taraf dengan Kong shi sendiri. Bagaimana mungkin dia merupakan Iblis Dunia Luar?
Dua benda itu langsung tidak sama!