"Ketua kumpulan, selepas Zhang shi beredar dari kediaman Guru Besar Jiang, dia terus pergi ke manor yang telah diberikan oleh Raja Huai. Sejurus selepas itu, dia bergerak ke kediaman Luo shi. Semenjak itu, dia tidak meninggalkan manornya!"
Seorang wanita muda sedang membuat laporan kepada kelibat seorang jelitawan di hadapannya di dalam perkarangan halaman kediaman besar di tengah-tengah Sekolah Pakar Formasi
Dong Xin berpaling dan bertanya, "Dia belum meninggalkan manornya?"
Semenjak kejadian yang berlaku di Sekolah Doktor, dia telah menghantar beberapa orang bawahannya untuk mengekori Zhang Xuan supaya dia dapat membongkari kelemahan lelaki itu. Tetapi, Zhang Xuan terlalu sibuk sehingga sukar benar untuk melihatnya. Buat masa ini, Dong Xin masih belum mendapati apa-apa yang boleh digunakan untuk menghancurkan lelaki itu.
"Ya!" Wanita muda itu mengangguk menjawab.