"Selagi awak boleh lakukan sesuatu untuk saya, saya mungkin boleh berikan awak Teras Kayu Phoenix."
Jiang Qingqin berkata yakin apabila memikirkan hal itu.
"Oh?" Zhang Xuan berpaling ke arah lelaki itu, ternyata-nyata sebab lelaki itu tiba-tiba berubah fikiran.
"Sekarang ini, irama dari ziter saya hanya boleh memukau enam ekor burung jenjang sahaja. Kalau awak dapat tolong saya meningkat ke Perolehan Tujuh Burung Jenjang dalam masa dua jam, saya boleh berikan Teras Kayu Phoenix secara percuma kepada awak!" Jiang Qingqin menyatakan hasrat hatinya.
"Enam ekor burung jenjang? Perolehan Tujuh Burung Jenjang? Apa itu?" Zhang Xuan berasa keliru apabila mendengar istilah-istilah asing tersebut.
Dia tidak pernah menjumpai mana-mana buku pemuzik iblis sebelum ini dan lelaki itu juga telah menggunakan istilah yang khusus kepada kerjaya tersebut, jadi tidak hairanlah sekiranya dia tidak dapat memahaminya.
"Awak… tak tahu?"