"Dia datang ke Sekolah Pakar Perubatan?" Pengetua Sekolah Lu terperanjat untuk seketika sebelum mengecilkan matanya. "Dia bukan lagi pelajar di akademi ini, mengapa tiada sesiapa yang menghentikannya?"
Memandangkan Zhang Xuan bukan lagi pelajar di akademi ini, bagaimana mungkin dia dibenarkan untuk masuk ke dalam premis akademi ini sesuka hatinya?
"Dia memiliki token peribadi daripada Pengetua Sekolah Mo, Pengetua Sekolah Zhao dan Pengetua Sekolah Wei. Tambahan pula, dia juga seorang guru kepada tiga orang tertua tetamu, jadi kekananannya lebih tinggi bahkan jika dibandingkan dengan guru-guru pun. Kami tak dapat menghentikannya!" Wajah pemuda itu bertukar menjadi kemerahan.
Ia bukanlah seperti Akademi Guru Sarjana itu adalah satu tanah larangan yang khusus untuk para pelajar dan guru semata-mata sahaja. Selain itu, pihak yang satu lagi mempunyai token-token peribadi daripada tiga pengetua sekolah, jadi bagaimana mungkin mereka boleh menghentikannya?