"Apa?"
"Bukan ke dia baru sahaja katakan yang Pengetua Sekolah Lu seorang yang penyibuk?"
Setelah menyaksikan pertunjukan di atas pentas itu, orang ramai yang berada di bawah terasa seperti mereka akan jadi gila.
Semenjak kehilangan pengetua lama, kebanyakan urusan di dalam akademi ini telah diuruskan oleh Pengetua Sekolah Lu Feng. Dia mungkin bukan seorang pengetua yang rasmi tetapi kuasa yang dia miliki sama seperti seorang pengetua rasmi.
Tambahan pula, dia juga merupakan seorang ketua de facto kepada Sepuluh Guru Sarjana Terulung dan Pengetua Sekolah Mo serta yang lain-lain biasanya mengambil serius segala pandangannya dalam kebanyakan urusan, memberinya satu pengaruh yang kuat juga. Namun, seorang pelajar baharu berani untuk berkata yang dia seorang penyibuk dan menyuruhnya untuk pergi ke tepi. Itu sememangnya terlampau tidak tahu malu!