"Zhang Xuan? Pertarungan Hidup dan Mati Doktor?"
Guru Besar Zhong dan Guru Besar Mo memandang wajah satu sama lain dan mata mereka mula terbeliak akibat terkejut besar.
Baru sebentar tadi mereka bercakap mengenai lelaki itu tetapi kini, situasi sebegitu telah berlaku… Apalah yang telah berlaku pada kali ini?
Bukankah lelaki itu seorang penjinak binatang dan tukang besi yang amat berbakat?
Semenjak bila pula dia menjadi doktor? Apatah lagi, dia ingin mencabar You Xu?
"Sesuatu yang besar pasti akan berlaku. Mari kita ke sana untuk lihat!" Guru Besar Mo yang kegelisahan segera meluru bersama Guru Besar Zong untuk menuju ke arah menara Doktor.
…..
"Apa awak kata? Zhang Xuan… akan mencabar Penolong Guru Besar You dalam Pertarungan Hidup dan Mati Doktor? Dia sudah gila ke?" Long Cangyue membeliakkan matanya akibat terkejut, tidak dapat mempercayai apa yang baru sahaja didengarinya.