Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 805 - Pertarungan Hidup dan Mati Doktor

Chapter 805 - Pertarungan Hidup dan Mati Doktor

Menara Doktor ini mempunyai tujuh tingkat keseluruhannya.

Tingkat pertama digunakan untuk pelbagai perihal seperti untuk mendiagnosis pesakit, Dinding Dilema, kedai jualan herba perubatan dan sebagainya.

Tingkat kedua dan ke atas adalah digunakan untuk peperiksaan bagi para doktor 1 bintang sehinggalah doktor 6 bintang.

Seperti Lautan Senjata juga, mekanisma-mekanisma dan formasi-formasi yang digunakan ke dalam Menara Doktor ini untuk mewujudkan sebuah simulasi bagi para pengambil peperiksaan. Oleh itu, bukan sahaja mereka harus mempunyai kefahaman yang mendalam mengenai Jalan Perubatan, namun mereka juga harus berpengalaman dalam merawati para pesakit juga.

Rawatan para pesakit tidak sama seperti bertukang ataupun penempaan pil. Setiap satu penyakit mempunyai ribuan kaedah rawatan. Seseorang harus mengakses resam tubuh pesakit dan juga keseluruhan kondisi tubuhnya sebelum memilih kaedah rawatan yang paling sesuai buat seseorang pesakit.

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS