Seorang pakar perubatan 7 bintang pun tidak berdaya di depan situasi begini, tetapi Zhang Xuan ini tidak sama.
Dengan kebolehan seorang pawang jiwa, paling teruk pun, dia boleh menarik keluar roh perempuan itu dan menyuburkannya secara terus sebelum meletakkannya balik ke dalam badannya.
Namun, daripada betapa lemahnya Wei Ruyan itu sekarang, jika dia menarik rohnya keluar sekarang, terdapat kemungkinan yang dia akan mati di situ juga. Oleh itu, dia hanya akan menggunakan kaedah ini sebagai jalan terakhir.
"Herba perubatan? Apa jenis herba perubatan yang kamu perlukan?" Wei Changfeng bertanya dengan cemas. "Beritahu sahaja saya namanya dan saya akan mendapatkannya tak kira harganya!"
"Saya tiada herba perubatan khusus tetapi ia perlu berada di alam Santo dan mempunyai kebolehan untuk mengukuhkan roh. Tambahan pula, ia mesti hidup… Bukan itu sahaja, saya juga akan memerlukan Pil Perubatan Mujarab!" Zhang Xuan berkata.