Penubuhan kumpulan pelajar itu bukanlah sesuatu yang senang. Terdapat pelbagai isu pengurusan yang perlu ditentukan seperti menentukan carta organisasi, peraturan kumpulan dan pendaftaran ahli. Apabila mereka berjaya menyelesaikan semua ini, ia sudah hampir waktu subuh.
Memandangkan mereka merupakan sebuah kumpulan yang ditubuhkan oleh pelajar baharu, Kumpulan Xuanxuan tidak meminta yuran ahli. Namun, terdapat organisasi yang tegas yang semua ahli patut patuh jadi ini penting untuk memastikan terdapat sumber yang mencukupi untuk semua orang.
Sudah pasti, perkara penting sebegini tidak dapat ditentukan pada satu malam sahaja, oleh itu, ia masih perlu dibincangkan pada hari lain.
Zhang Xuan tidak begitu kisah tentang perkara sebegini, oleh itu, dia telah menyerahkannya kepada Ruohuan gongzi, Luo Xuan dan yang lain, manakala dia pula telah pulang ke Sektor Elit.