"Berdiri! Selagi kamu bekerja keras untuk Kumpulan Xuanxuan, saya akan memberi kamu tunjuk ajar dalam seni lembing kamu!" Zhang Xuan mengangguk kepalanya.
Kumpulan Xuanxuan baru sahaja ditubuhkan, daripada bagaimana ahlinya semua pelajar baharu sahaja, ia teramat memerlukan orang yang kuat. Namun, Zhang Xuan tiada masa untuk menjaga setiap seorang ahlinya jika apa-apa berlaku, oleh itu, dia memerlukan pertapa yang cukup kuat untuk menolong menangani para pengacau.
Daripada bagaimana tiga orang ini merupakan genius dalam kalangan pelajar Gred 4, mereka merupakan calon yang paling sesuai untuk berbuat demikian.
Ini juga menjadi sebab kenapa Zhang Xuan telah memprovokasi mereka untuk setuju menjadi penjaga pintu Kumpulan Xuanxuan jika mereka kalah.
Dia bukan sengaja cuba menghina mereka. Dia berharap dengan kehadiran mereka, si pembuat kacau akan perlu berfikir bulat-bulat jika ia berbaloi ataupun tidak untuk datang membuat hal di Kumpulan Xuanxuan.