Guru Sarjana Cakerawala telah mendapati kesahihan daripada langit dan syurga. Seluruh dunia terkandung di dalam aura mereka, memaksa setiap makhluk di dalamnya untuk taat dan patuh kepada setiap arahan yang telah diberikan.
Dalam sejarah Benua Guru Sarjana, satu-satunya orang yang diketahui telah mendapatkan pengenalan sebagai Guru Sarjana Cakerawala ialah Kong shi. Malah para pelajar terdekatnya iaitu 72 Pendeta itu pun tidak pernah mencapai tahap ini, namun lelaki di hadapannya ini sesungguhnya seorang Guru Sarjana Cakerawala.
Tubuh Mu shi segera menjadi seram sejuk dan keresahan yang tidak terhingga menyelubungi dirinya sehingga dia tidak mampu mengutur sepatah kata.
Guru Sarjana Cakerawala merupakan seorang makhluk yang telah mendapat kerahmatan malah dari syurga dan dia telah pun meragui lelaki ini sebentar tadi.
Pada saat ini, dia sememangnya terasa seperti ingin menampar dirinya sebanyak dua kali akibat kebodohan yang telah dipamerkan!
Hu!