Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 75 - Shang Chen Muntah Darah

Chapter 75 - Shang Chen Muntah Darah

"Sebelum ini, saya pernah berbincang beberapa soalan daripada Peperiksaan Kelayakan Guru dengan cikgu Zhang, bukan sahaja dia mampu menjawabnya dengan senang dan jelas, malah dia dapat mengeluarkan tujuh ke lapan lagi jawapan untuk setiap satu daripada mereka. Tambahan pula, saya sendiri tidak terfikir tentang jawapan yang diberinya. Pengetahuannya memang layak disanjung! Sebelum ini, saya juga bingung bagaimana dia mampu mendapat markah kosong dalam Peperiksaan Kelayakan Guru yang senang begitu. Nampaknya sebenarnya begini… keputusan yang diumumkan telah dipalsukan!"

Shen Bi Ru mencelah setelah mengingati sesuatu. Kemarahan jelas terpapar pada matanya yang seakan intan permata.

Semalam, dia telah menguji Zhang Xuan dan dia sendiri telah berjaya menjawab soalannya dengan senang. Sebelum ini, dia teringat ia pelik. Sekarang selepas mendengar perbualan tersebut, dia mula 'menyedari kebenaran'.

Dia mesti telah menjawab dengan betul tetapi Biro Pendidikan tidak memberinya markah.

Maksudnya, tidak ada sebarang masalah tentang kertasnya, tetapi… cikgu daripada Biro Pendidikan yang menilainya telah memberinya kosong markah!

Kenapa?

Kenapa dia berbuat demikian?

"Tidak hairan cikgu Zhang sebelum ini enggan bercakap tentangnya. Kamu semua rakan sekerja. Jika dia mendedahkan kebenaran, bukan sahaja hubungan antara kamu semua akan terjejas, malah reputasi akademi juga akan tercemar! Dia sendiri rela menangguh penghinaan ini dan dipanggil 'sampah'!" Lebih banyak ketua suku Wang Hong berfikir tentang perkara ini, lebih banyak dia 'faham' dan 'menyedari' tentang situasi tersebut.

Kamu tidak perasan betapa enggan cikgu Zhang untuk mendedahkan kebenaran tadi?

Jika bukan kerana dia dipaksa, dia mesti telah menyembunyikan rahsia ini dalam hatinya untuk seumur hidup. Jika dia dipersalahkan oleh semua orang pun, dia sanggup menanggungnya dengan senyap sahaja… Tambahan pula, walaupun dengan segala usaha kamu semua untuk menindasnya, dia hanya menunjukkan tahap pertapaannya tanpa menjelaskan apa-apa pun. kita sendiri perlu mengagak butiran situasi tersebut…

Zhang Xuan ini contoh kepada generasi muda!

Memang betul!

Betapa mulianya Zhang Xuan in!

Tidak dapat dinafikan!

"Jika isu pilih kasih ini didedahkan kepada orang luar, semua orang akan mula meragui kebenaran keputusan Peperiksaan Kelayakan Guru akademi nanti. Keraguan akan muncul ke atas kebolehan guru akademi untuk mengajar… Jika itu berlaku, akademi ini akan terhumban ke dalam malapetaka! Dia rela dipersalahkan oleh orang lain dan menanggung penghinaan dengan senyap daripada mendedahkannya. Tidak mementingkan diri langsung dan dengan akhlak yang begitu mulia sekali…"

Seorang tetua dari suku Wang mula bercakap dengan menjadi semakin gelisah apabila semakin banyak dia cakap.

Untuk berfikir ada seorang guru yang begitu mulia di dunia ini.

Bila difikir balik, ia menjadi bahan ketawa mereka ingat Zhang Xuan ini tidak berguna dan seakan sampah!

Sambil mereka bercakap, mata marah khalayak ramai mula mejeling tetua Shang Chen.

Lihat dia, selepas itu, lihat diri sendiri!

Kamu berdua guru, tetapi kenapa terdapat jurang berkait dengan akhlak kamu tu?

Cikgu Zhang Xuan mementingkan persahabatan dan dia rela dihina dan dicaci daripada mengkhianati rakan segurunya, namun kamu semua…

"Saya…"

Shang Chen seakan ingin naik gila pada bila-bila masa sahaja.

Haram jadah, apa sedang berlaku ini?

Memalsu keputusan? Mementingkan persahabatan…

Kamu sebelum ini memang berada di tahap alam Zhenqi sahaja, kertas ujian kamu itu pun penuh dengan karutan. Tidak mendapat sebarang markah dalam keadaan begitu memang tidak hairan… Saya sendiri telah menilai kertas kamu, oleh itu ia mustahil terdapat sebarang kesalahan. Bagaimana pula ia menjadi saya cuba menindas dia pula?

Zhang Xuan, kamu ini betul betul keji. Baik kamu menjelaskan ini semua…

Tetua Shang Chen berasa seakan sekelompok darah mula terkumpul pada tekaknya dan pada bila-bila masa, dia boleh termuntah begitu sahaja.

...

Zhang Xuan sendiri terkejut melihat reaksi mereka semua.

Sebenarnya, dia hanya ingin cakap Biro Pendidikan telah membuat kesalahan apabila menilainya, bagaimana pula situasi… menjadi begitu melampau?

Imaginasi kamu semua terlalu liar!

Namun, batuk batuk,,, saya suka apa yang sedang terjadi ini…

...

"Mesti sekurang-kurangnya terdapat sebab untuk saya menindasnya! Saya ketua Biro Pendidikan, dan seorang tetua di akademi ini, tidak ada sebab untuk saya menindas guru berpangkat rendah seperti dia!"

Selaku ketua Biro Pendidikan, tidak hairan tetua Shang Chen dapat mencari alasan kepada situasi tersebut.

Mesti terdapat niat di sebalik kelakuan seseorang.

Memandangkan reputasinya dan pengaruhnya, tidak ada sebab untuknya berkomplot menindas seorang guru biasa!

"Siapa cakap tidak ada? Cucu kamu, Shang Bin, ingin menjadi seorang guru bintang dalam generasinya, namun kerana kewujudan Zhang Xuan, seorang yang mempunyai tahap pertapaan dan kemampuan yang menakjubkan pada usia begitu muda, dengan semestinya dia akan menang dalam saingan tersebut. Oleh itu, untuk menjamin masa hadapan cucu kamu, kamu mengambil keputusan untuk menyingkirkan pihak lawannya!"

Orang yang bercakap kali ini adalah Tetua Mo. Semakin dia bercakap, semakin marah dia menjadi, sehingga janggutnya seakan ingin tercabut daripada setiap hembusan nafasnya. "Saya mungkin tidak mempunyai bukti kukuh, namun, saya telah memerhatikan situasi ini semenjak mula ke penghujungnya. Ujian Pencerahan Niat, taruhan dan penindasan… Shang Chen, kamu memang hebat. Untuk saya berkawan dengan kamu selama ini, saya, Mo Xiang, mesti buta!"

Tetua Mo teramat benci kelakuan keji. Oleh kerana tuduhan Zhang Xuan, dia sendiri telah datang untuk membersihkan kekotoran yang mencemar nama baik guru di merata. Namun, apa dilihatnya adalah Tetua Shang menggunakan pelbagai kaedah untuk menindas cikgu Zhang Xuan.

Sebaliknya, Zhang Xuan hanya menggunakan fakta untuk membuktikan kebenaran.

Jelas kepada semua siapa bermasalah di sini.

Jika dengan semua yang telah dilihatnya, masih tidak cukup memadai untuk membuktikan apa-apa lagi, tentunya dia, Mo Xiang, buta!

"Saya boleh menjadi saksi, saya nampak dengan sendiri Tetua Shang Chen dengan sengaja cuba menindas Zhang Xuan!"

"Untuk dia berbuat demikian di depan khalayak ramai, mesti dia akan lebih berani di sebalik tirai!"

"Seseorang tidak boleh menilai seseorang dengan hanya daripada pemakaiannya. Untuk berfikir, ketua Biro Akademi Sendiri, akan membuat benda sekeji ini untuk cucunya. Dia ini syaitan!"

Saat tetua Mo membuka mulutnya, ramai lagi mula memberi sokongan kepada Zhang Xuan.

"…"

Tetua Shang Chen berasa pening dan seakan ingin naik gila.

[Saya…betul betul tidak menindasnya. Kebetulan dia telah mencabar maruah diri saya hari ini, oleh itu saya sengaja mencari pasal dengannya sahaja…

Jika saya bercakap sebelum ini saya tidak mengetahui banyak tentangnya pun, cuma kualitinya sebagai seorang guru serba kekurangan, kamu akan percaya saya tak?]

Namun, daripada nada marah semua orang, dia tahu tidak ada manfaat untuknya cuba menjelaskan situasi tersebut.

Situasinya sekarang seakan lumpur telah mengotorkan seluarnya. Ia teruk tidak kira dia cuba untuk menjelaskannya ataupun tidak!

Berpaling ke belakang dan melihat orang yang memulakan ini semua, Zhang Xuan, tangannya masih di belakangnya dengan muka dalam kesusahan, seakan dia tidak ingin mendedahkan rahsia tersebut.

Tidak ingin konon!

Ini semua kerana cerita dongeng kamu!

Kamu sendiri tidak berkemampuan dan mendapat kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru, kenapa tiba-tiba ia menjadi salah Biro Pendidikan menindas kamu dengan memalsukan keputusan kamu pula?

Bagaimana insiden tersebut berkait dengan saya ataupun Biro Pendidikan pula?

Pu!

Tanpa mampu menahan dirinya lagi, dia mula muntah darah di situ juga.

"Hmph, berani kamu muntah darah selepas didedahkan melakukan perkara keji ini. Jika saya, mesti sudah lama saya membunuh diri dengan menghempaskan kepala saya ke sebuah tiang!"

"Begitu tidak malu. Bagaimana seorang seperti kamu berjaya menjadi ketua Biro Pendidikan Akademi Hongtian?"

"Lebih-lebih lagi, dia seorang tetua. Jika ada sebarang masalah dengan keperibadiannya, baik kita melucutkan lesen perguruannya juga…"

...

Melihat atuknya muntah darah, bukan sahaja mereka tidak kasihan terhadapnya, malah mereka mencacinya lagi.

"Bagaimana ini berlaku?"

Shang Bin dan Cao Xiong bingung.

Baru sebentar tadi, mereka sudah hampir mencapai kemenangan. Bagaimana pula nasib mereka diterbalikkan begitu sahaja?

Apa sedang berlaku ini?

Selepas muntah darah, pemikiran tetua Shang Chen mula cerah semula. Dia meneliti persekitarannya lalu tangannya menggeletar, Selepas ini, dia menjeling Zhang Xuan dengan penuh kebencian lalu berkata, "Saya tidak dapat membuktikan dakwaan kamu yang saya telah menindas kamu dengan memberikan kamu kosong markah dalam Peperiksaan Kelayakan Guru. Namun, apa pula cerita tentang pelajar kamu yang hilang kawalan? Insiden ini berlaku di kelas kamu. Bagaimana kamu hendak menjelaskan perkara tersebut?"

Kamu mungkin ada seribu satu alasan, tetapi pelajar yang hilang kawalan terhadap pertapaannya dibawah pengajaran kamu merupakan hakikat. Mari kita melihat bagaimana kamu menjelaskannya!

Gedeng, hati Zhang Xuan berdegup.