"Ah…" Zhang Xuan menggaru kepalanya.
Nampaknya Zhao Bingxu betul-betul bertekad inginkannya menjadi juniornya.
Namun, walaupun pelbagai hak istimewa yang akan datang daripada peluang ini, masih lebih baik untuknya menolak. Hak istimewa tersebut akan datang dengan tanggungjawab dan dia tidak sanggup untuk menanggungnya sekarang.
"Memandangkan Yang shi juga seorang guru sarjana, sudah pasti tak akan menjadi masalah untuk bertemu sahaja kan?" Zhao Bingxu mengusap janggutnya sambil berkata.
Dia betul-betul berminat untuk berjumpa dengan guru orang yang begitu menakjubkan ini.
"Ini… sebenarnya, guru saya tak ada tempat tinggal tetap, saya pun tak tahu dia di mana sekarang. Namun, saya akan menghantar niat dan pesanan kamu kepadanya apabila saya berjumpa dengannya," Zhang Xuan berkata dengan muka bingung.
'Apakah semua ini?'