Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 744 - Mencuba Ujian Tukang Senjata 6 Bintang

Chapter 744 - Mencuba Ujian Tukang Senjata 6 Bintang

"Tak sempat…"

Pembentukan, sama seperti penempaan pil, merupakan kemahiran yang hanya dapat dimahiri selepas beberapa tahun usaha. Walaupun dengan pencerahan daripada Perpustakaan Jalan Syurga, ia mustahil untuknya belajar teknik tersebut dalam masa satu jam sahaja.

Baru sahaja Zhang Xuan mula berasa tertekan terhadap apa yang patut dia lakukan selepas itu, dia tiba-tiba terfikirkan sesuatu dan matanya mula berkelip dengan keterujaan.

"Tunggu… jika saya tak dapat menempa senjata seperti pedang pun, saya masih boleh membuat bola besi tersebut menjadi penukul! Itu jauh lebih senang dibentuk berbanding senjata lain…"

Terdapat banyak butiran di sebalik pembentukan pedang dan pedang leper dan ini membuatkan ia teramat susah untuk ditempa, tetapi ia tidak sama dengan penukul!

Dengan beberapa pukulan pada bola besinya sahaja, dia sudah patut dapat membentuk sebatang penukul dengan senang!

This is the end of Part One, download Chereads app to continue:

DOWNLOAD APP FOR FREEVIEW OTHER BOOKS