"Bukan akademi baru sahaja menerima pelajar baru ke? Kenapa kamu tak benarkan dia jalankan kelas terbuka sahaja untuk mengambil mana-mana pelajar yang sanggup mengambilnya sebagai guru mereka?" Mu shi mencadangkan.
"Ini…" Ketua Sekolah Lu teragak-agak untuk seketika sebelum mengangguk kepalanya. "Baiklah!"
Jika mengikut kaedah biasa, guru baharu tidak akan layak untuk menjalankan kelas terbuka. Namun, kerana ini permintaan daripada Mu shi, mereka sanggup membendung peraturan untuknya.
Lagipun, telatah Mu shi ini telah mengesahkan pertanyaan dalam hati mereka semua.
Jika Luo Ruoxin tidak datang dari Suku Pendeta, kenapa pula Mu shi akan buat permintaan ini untuknya? Jika dia hanya junior biasa sahaja, sudah pasti dia akan biarkannya di sini sahaja. Tidak perlu untuk dia bersusah payah deminya.
Lebih penting sekali, Luo Ruoxin hanya berdiri di situ dengan muka tidak kisah, seakan-akan perkara ini memang patut berlaku.