"Ketua Pavilion Mo, tolong tunggu sebentar. Benarkan saya untuk mengatur para pelajar baharu sebelum mengumpulkan Sepuluh Tertua Terulung untuk sebuah persidangan," Tertua Mo berkata sebelum berpaling ke belakang dan berjalan keluar, meninggalkan Mo Gaoyuan dan Zhang Xuan sahaja di dalam rumah atap itu.
Selepas terdiam untuk seketika, Mo Gaoyuan tiba-tiba bertanya, "Zhang shi, boleh saya tahu jika… Yang shi berada di sini juga?"
Sebab dia telah menawarkan batu roh bertahap tinggi sebagai hadiah Pertandingan Guru Sarjana sebelum ini adalah untuk mengeratkan hubungannya dengan Yang shi.
"Guru saya biasanya tak suka untuk dikekang jadi saya sendiri tak tahu kedudukannya juga," Zhang Xuan membalas dengan santai. "Saya dengar daripada guru yang kamu telah berjumpa dengannya kerana mampunyai masalah membuka titik akupoin Zhukong kamu. Boleh saya tahu jika masalah kamu ini telah selesai ataupun tak?"