Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 71 - Bai Wangye yang Angkuh

Chapter 71 - Bai Wangye yang Angkuh

"'Wang Ye' muda Bai Xun?"

Semua orang di bilik tersebut terkejut.

Bai Xun ini muda, namun dia seorang genius dalam ilmu tinju. Hanya tujuh belas tahun, dia telah mencapai Peninju 5-Dan puncak, dan ini membuatkannya terkenal di seluruh Bandar Tianxuan.

Maharaja Shen Zhui sendiri memberi ulasan yang dia ini mungkin orang termuda mencapai alam Pixue di empayar ini.

Zhennan Wang sentiasa sibuk melindungi sempadan selatan, oleh itu dia tidak tinggal di dalam ibu kota. Lanjutan daripada itu, Wangye muda ini tidak menghadiri kelas di Akademi Hongtian. Namun, kerana kehebatannya, dia berjaya diterima ke sesebuah akademi yang lebih hebat, Akademi Beiwu!

Akademi Beiwu mempunyai seorang Guru Sarjana 1-Bintang di dalamnya!

Setiap orang yang mampu melepasi peperiksaan mereka dan lanjutan daripada itu, menyertai mereka, setiap daripada mereka merupakan genius terkenal.

[Beberapa hari ini, Zhennan Wang telah pulang ke Bandar Tianxun untuk memberi laporan. Oleh itu, Bai XUn telah mengikutinya ke ibu kota juga. Cuma…. Apa dia buat di sini, mencari cikgu Zhang Xuan…..

Seorang merupakan guru tersampah di akademi ini, seorang lagi genius yang tidak ada banding, anak kepada seorang yang hebat dan berpengaruh… Tidak ada bandingan langsung!

Adakah mungkin kedua-dua mereka mengenali sesama mereka? Tetapi, status mereka jauh berbeza!]

"Cepat, jemput dia masuk!"

Tetua Shang Chen mungkin tidak tahu apa sedang berlaku, tetapi dia tidak berani biadap terhadapnya. Oleh itu, dengan cepat dia menyuruh guru bertugas untuk mengiringinya ke sini.

Hu!

Selepas seketika, seorang berjubah putih berjalan masuk dengan langkah besar. Terdapat beberapa orang suruhannya berjalan di belakangnya. Mereka semua berpakaian perisai besi dan berwajah tegas.

Orang ini mungkin tidak tua, namun dia mengeluarkan aura kuat. Kekuatannya menyinar daripadanya seakan kepanasan bersinar daripada matahari, menyebabkan semua di sekeliling dapat merasakan auranya.

Walaupun seorang Peninju 5-Dan puncak, Cuma daripada auranya, jelas dia jauh lebih kuat berbanding Sheng Bin dan Shen Bi Ru.

"Memberi hormat kepada wangye muda…."

Sheng Chen, ketua suku Wang Hong dan lain berdiri daripada tempat duduk mereka dengan serentak.

Suku Wang mungkin terkenal sebagai satu daripada Empat Suku Terulung, namun berbanding seorang pengawai berpengaruh yang bertugas menjaga sempadan selatan, mereka masih jauh ketinggalan.

Biasanya, mereka yang mempunyai kuasa ke atas tentera selalu bercakap dengan lebih kuat.

"Ah!, Sarjana Zhang, kamu di sini…"

Dia tidak mempeduli Shang Chen dan lain yang memberinya penghormatan sambil mengimbas persekitarannya. Dia tiba-tiba ternampak seorang yang dikenali dan dengan teruja dia meluru ke arah Zhang Xuan.

"Kenapa kamu di sini?"

Zhang Xuan berkerut.

[Saya tahu Sarjana Lu Chen suruh kamu datang belajar daripada saya, Namun….. kamu tidak perlu begitu taat sehingga terus datang kesini sehari kemudian!]

"Ayah saya akan meninggalkan ibu kota selepas melaporkan dirinya, oleh itu saya tidak akan berada di sini untuk lama lagi. Kerana itu, saya perlu menggunakan setiap saat yang tinggal untuk belajar daripada tuan sarjana supaya dapat lulus ujian tersebut!" Bai Xun menjelaskan.

"Sarjana?"

"Bagaimana wangye muda berkenalan dengannya? Lebih-lebih lagi, mereka kelihatan sebagai kenalan rapat? Bukankah pangkatnya cikgu? Kenapa dia memanggilnya sarjana pula?"

Selepas melihat Bai Xun di sini betul betul untuk melihat Zhang Xuan dan mereka berdua kelihatan seakan kenalan rapat, semua orang semakin bingung.

[Apa sendang berlaku?

Mereka saling berkenalan…..

Bukankah Zhang Xuan seorang cikgu?

Sarjana… apakah maksud gelaran ini?

Tambahan pula… kurang ajar sungguh kamu Zhang Xuan? Kamu tidak nampak tetua dan ketua suku Wang sendiri tunduk apabila melihat wangye muda? Bukan sahaja kamu tidak tunduk hormat, malah muka kamu berkerut. Kepala otak kamu berkerut.. dari mana keberanian kamu datang?]

"Kurang ajar!" Tetua Shang tidak dapat menahan marahnya lagi. Dia berjalan ke hadapan dengan aura marah.""Zhang Xuan, bagaimana kamu ini boleh begitu kurang ajar selaku seorang guru. Tidak tahu beradab langsung, sesebuah penghinaan kepada semua guru!"

Selepas itu, dengan muka yang tersenyum lebar, dia berpaling melihat Bai Xun, " Wangye muda Bai, jangan marah. Zhang Xuan ini lemah, cuai dan kurang ajar…."

Sebelum sempat dia menghabiskan perkataannya, dia perasan muka wangye muda Bai mengelap. Aura sejuk mula mengalir daripada wangye muda Bai seakan dia seekor tikus berdiri di depan singa.

"Kamu ini siapa? Berambus! Jika ikut pangkat, Sarjana Zhang Xuan tergolong dengan mereka di generasi atuk saya, namun kamu ini masih bercakap demikian! Kamu ini mencari ajal ke?"

"Atuk?"

Gudong!

Setiap satu daripada mereka terjatuh ke lantai dengan serentak.

[Apa jenis penghormatan ini?

Ayah wangye muda Bai adalah Zhennan Wang, seorang rakan seperjuangan Maharaja Shen Zhui,.,, Namun, kamu cakap jika mengikuti pangkat, dia setaraf dengan atuk kamu. Bukankah ini bermaksud dia lebih hebat daripada Maharaja Shen Zhui sendiri?]

Tetua Shang Chen yang teramat angkuh dan bangga sebelum itu, menggeletar tanpa kawalan, hampir pitam kerana takut.

[Apa sedang berlaku ini?

Apa yang baru berlaku....]

Terutamanya Shang Bin dan Cao Xiong, mereka berdua berasa seakan ingin naik gila. Mereka berdua mencarik rambutnya sehingga hampir sudah menjadi botak, mata mereka membesar seakan bila-bila masa sahaja biji matanya boleh tergolek ke lantai pada bila-bila masa.

Tetua Mo Yang telah melihat situasi ini selama ini, sekarang berasa kesakitan pelik daripada dagunya. Tengok-tengok, dia telah menarik keluar janggutnya.

"Yea! Atuk Zhang ini seorang sarjana pelukis terhebat era ini, kebolehannya terlalu menakjubkan sehingga tiga salinan saya pun tidak setandingnya. Namun, kamu berani cakap dia ini kurang ajar dan lemah? Haram, kamu ini mesti sudah tidak mahu hidup lagi! Ataupun, mungkin kamu ingin mencari rakan untuk bertinju? Bai Yang!" Bai Xun memberi isyarat kepada orang suruhannya untuk melangkah ke depan.

"Ya tuan, saya di sini!" Dengan segera, seorang berusia sederhana melangkah ke hadapan.

"Tampar dia!" Bai Xun memberi arahan.

"Baiklah!"

Orang berumur sederhana itu tidak menakjubkan apabila dia berjalan masuk. Namun, saat dia membuka matanya, aura kehausan darah boleh dirasai dengan segera oleh semua, seakan syaitan sendiri telah melangkah melalui sejuta mayat untuk keluar dari neraka.

Dia mungkin berada pada tahap pertapaan sama dengan tetua Shang Chen, mereka berdua berada di alam Pixue, namun auranya jauh hebat berbanding tetua Shang Chen.

"Askar Agung!"

Hati hadirin hadiran berdegup kencang.

Aura yang begitu kehausan darah hanya boleh ditempa daripada bertemu dengan peristiwa hidup mati berulang-ulang kali. Askar yang mempunyai aura sebegini dipanggil askar agung. Setiap satu daripada mereka mempunyai semangat yang tidak dapat dipatahkan dan lanjutan daripada itu, kekuatan mereka menakjubkan. Mereka boleh menang pertempuran dengan orang yang pertapaannya lebih tinggi berbanding mereka.

Selepas meninggalkan semua orang bingung dengan auranya yang penuh kehausan darah, orang pertengahan umur itu, Bai Yang, meluru ke hadapan. Dengan sekelip mata, dia terjelma di depan tetua Shang Chen dan tapak tangannya mencium pipi Shang Chen.

Pah!

Bunyi tamparan tersebut bergema melangkau dewan. Sebelum tetua Shang Chen boleh bertindak, dia sudah pusing seakan gasing, berpusing sepenuhnya sebelum jatuh ke lantai. Dia mula muntah darah sejurus selepas dia terhempas ke lantai. Beberapa belasan giginya boleh didapati dalam kolam darah tersebut.

"Kamu…"

Sambil cuba menegakkan badannya, tetua Shang Chen berasa seakan ingin meletup.

Selaku seorang tetua Akademi Hongtian, dan pakar alam Pixue, untuknya ditampar depan khalayak ramai…. Namun, dia tidak mampu berbuat apa-apa pun walaupun jelas dia amat marah tentangnnya! Lagipun, orang ini anak tunggal Zhennan Wang, wangye muda Bai. Jilka dia sentuhnya pun, kemungkinan besar Zhennan Wang akan datang dan membunuh semua di akademi ini dengan sekilas pandang!

Ia bukan seperti dia tidak pernah melakukannya.

Dahulu, terdapat seorang yang berpengaruh setaraf dengan suku Wang sekarang, yang telah mencari pasal dengan wangye muda Bai dan mencederakannya. Ini membuat Zhennan Wang murka dan lanjutan daripada itu, dia memimpin tenteranya ke rumah mereka dan membunuh setiap satu daripada ahli keluarga mereka. Akhirnya, bukan sahaja Maharaja Shen Zhui tidak memarahinya tentang insiden tersebut, malah dia memberi gelaran wangye muda kepada anaknya untuk menenangkannya.

Jika tidak, walaupun dia anak tunggal keluarga tersebut, dia tidak layak untuk dipanggil wangye muda.

"Ini semua salah Zhang Xuan…." Lebih banyak dia berfikir tentangnnya, semakin dia marah. Dia hanya mampu menumpukan kemarahannya terhadap Zhang Xuan kerana tidak dapat melepaskannya terhadap Bai Xun.

Jika bukan kerana orang ini, mesti dia tidak akan dihina seperti ini!

"Kenapa, adakah kamu tidak puas dengan tindakan saya?"

Melihat ekspresinya yang marah, Bai Xun menjelingnya sambil bertanya.

"Saya tidak berani!" hati tetua Shang Chen berasa seakan tertikam dengan pisau sambil dia berkata perkataan tersebut.

"Ia bagus jika kamu tidak berani. Sebenarnya, saya sedang selamatkan kamu. Jika Atuk Zhang ini sendiri pukul kamu dan dia tidak dapat mengawal kekuatannya dengan betul, kamu mestinya sudah menjadi bangkai sekarang!" Sejurus sahaja selepas itu, Bai Xun teringat pertarungannya dengan Zhang Xuan semalam dan badannya mula menggeletar kerana trauma.

[Apa dikatanya benar. Sarjana Zhang Xuan ini, dengan hanya kekuatan asasnya, dia sudah mempunyai kekuatan sebanyak 40 ding. Yang paling teruk ialah dia tidak dapat mengawal kekuatannya lagi. Mungkin kamu tidak akan berasa apa-apa apabila tapak tangannya mencium pipi kamu tetapi sejurus kemudian, kamu sudah jauh berada di kayangan sebelum sempat pun kamu perasan kamu ditampar…]