"Zhang shi, jangan lupa pertaruhan kita. Sesiapa yang memiliki lebih banyak mata akan menjadi pemenang!"
Setelah melihat orang ramai meluru ke arah gunung itu, Saudara Yu menoleh ke arah Zhang Xuan dan mengejeknya sebelum bergegas ke gunung itu bersama-sama Senior Feng.
Ketika melihat orang ramai turut bergegas, Zhang Xuan melirik ke arah Luo Xuan, Ruohuan gongzi dan yang lain-lain lalu berkata, "Mari kita pergi juga!"
Hanya para peserta yang dibenarkan untuk berada di padang peperiksaan, jadi, rakan-rakan pengiring seperti Hong shi tidak dibenarkan masuk. Mereka perlu menyaksikan daripada luar kawasan itu. Jadi, para peserta hanya boleh bergantung pada diri mereka sahaja.
"Un!"
Luo Xuan dan yang lain-lain mengangguk setuju.
"Mari kita pergi ke arah itu!"