Zheng Yang dan lain-lain itu merupakan pelajar terdekatnya dan mereka telah menemani pemuda itu ke sini dari Kerajaan Tianxuan lagi. Mereka telah mengharungi pelbagai situasi membahayakan bersama dan Zhang Xuan telah menganggap mereka sebagai warisnya. Jikalau sebarang malapetaka telah berlaku kepada mereka, dia langsung tidak kisah menghapuskan seluruh Empayar Hongyuan ini!
Jika dia perlu, dia sanggup menumbuk angkasa sehingga terbelah pintu syurga!
Sesiapa yang mencederakan mereka pasti akan menerima panahan radangnya.
"Zhang shi, jangan risau. Mereka selamat!"
Setelah Hong shi tersedar kerutan di wajah pemuda itu lalu tahu sifat teragak-agaknya tadi telah mengakibatkan kesalahfahaman yang besar, dia segera menjelaskan, "Tapi, mereka telah diambil oleh orang-orang dari Manor Raja Huai semalam dan kami tak berani menghentikan mereka…"