"Jumlah perlawanan yang kami telah putuskan untuk berlawan ialah sepuluh dan pemenang enam pusingan akan diberikan kepentingan dalam pembahagian," Hong shi berkata. "Han Ling sedang berlawan dalam pusingan kesepuluh…"
"Memandangkan ia sudah mencapai pusingan kesepuluh, ini bermaksud kita telah menang dan kalah sama banyak betul…" Sebaik sahaja mendapat tahu ini pusingan kesepuluh, Zhang Xuan memberikan keluhan lega.
Lagipun, tiada maknanya untuk terus berlawan selepas pemenang pusingan keenam telah ditentukan. Daripada bagaimana mereka sedang berlawan pusingan kesepuluh sekarang, ini hanya boleh bermaksud dua-dua pihak telah menang kalah sama banyak.
"Itu bukan kesnya…"
Muka Hong shi menjadi merah kerana malu. "Kami telah berlawan sepuluh pusingan tetapi kami telah kalah kesemuanya… tambahan pula, kalah kepada orang yang sama pula!"