Walaupun dengan Mata Pemahaman, barulah Zhang Xuan mampu melihat ke penghujung bandar tersebut.
"Ibu kota sebuah Empayar Besar Tahap 1… mewah betul!"
Zhang Xuan mengimbas persekitarannya.
Seperti dijangkakan oleh sebuah ibu kota tahap 1, kemewahannya itu betul-betul mencuit hati. Berbanding dengan ini, Empayar Tianxuan sebelum ini hanya kelihatan seperti kampung kecil yang bangunannya diperbuat daripada lumpur sahaja.
Malah, bandar ini sudah dapat dibandingkan dengan seluruh kawasan Empayar Tianxuan.
Nampaknya ada formasi gergasi yang sedang mengawal cuaca dan pelbagai lagi fungsi dalam bandar, membawa kesenangan dan keselesaan kepada para penghuni. Bukan itu sahaja, formasi tersebut kelihatan seperti sedang menarik masuk tenaga roh dari persekitaran, membuatnya lebih senang untuk para pertapa dalam bandar mencapai kemajuan dalam pertapaan mereka.